Saturday 24 January 2009

LAMAN WEB RASMI LEMBAGA BANDARAN JOHOR TENGGARA

LAMAN WEB RASMI LEMBAGA BANDARAN JOHOR TENGGARA:PENGENALAN

Bandar Penawar yang terletak di tenggara Kota Tinggi merupakan salah satu kawasna penempatan penduduk yang semakin pesat membangun.

Pelbagai modenisasi dipertingkatkan bagi maningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Pembangunan tidak hanya tertumpu kepada sektor perindustrian, perniagaan, malah ia juga melibatkan pembangunan dari sudut kemasyarakatan.

Bandar Penawar mempunyai keluasan hektar, keluasan inilebih tertumpu kepada pembangunan petempatan, perindustrian dan perniagaan. Bandar Penawar ini menampung bilangan seramai 6,910 penduduk dengan jumlah rumah 1,117 buah rumah.

Pembangunan

Jumlah

Petempatan

6,910 bilangan penduduk

Perumahan

1,238 buah rumah

Industri

168 ekar, 35 buah syarikat

Perniagaan

123 jumlah kedai, gerai, pasar dan bengkel


KEMUDAHAN AWAM & SOSIAL

Pelbagai kemudahan disediakan di kawasan-kawasan pentadbiran LBJT. Kemudahan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi pusat bagi kawasan-kawasan berhampiran untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.

Selaras dengan perkembangan Bandar Penawar yang menjadi pusat pendidikan dan perlancongan, kerja menaiktaraf stadium sedia ada telah dijalankan. Ia melibatkan pemasangan lampu limpah, membina gelanggang tenis, badminton, skuash dan membina "Driving Range" serta membesarkan bangunan stadium sedia ada dengan menyediakan kemudahan bilik studio dan ruang rakaman.

No comments:

Post a Comment