LAMAN WEB RASMI LEMBAGA BANDARAN JOHOR TENGGARA:
Bandar Penawar
PENGENALAN
Bandar Penawar yang terletak di tenggara Kota Tinggi merupakan salah satu kawasan penempatan penduduk yang semakin pesat membangun.
Pelbagai modenisasi dipertingkatkan bagi maningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Pembangunan tidak hanya tertumpu kepada sektor perindustrian, perniagaan, malah ia juga melibatkan pembangunan dari sudut kemasyarakatan.
Bandar Penawar mempunyai keluasan hektar, keluasan ini lebih tertumpu kepada pembangunan petempatan, perindustrian dan perniagaan. Bandar Penawar ini menampung bilangan seramai 6,910 penduduk dengan jumlah rumah 1,117 buah rumah.
Pembangunan | Jumlah |
Petempatan | 6,910 bilangan penduduk |
Perumahan | 1,238 buah rumah |
Industri | 168 ekar, 35 buah syarikat |
Perniagaan | 123 jumlah kedai, gerai, pasar dan bengkel |
KEMUDAHAN AWAM & SOSIAL Pelbagai kemudahan disediakan di kawasan-kawasan pentadbiran LBJT. Kemudahan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat. Disamping itu ia menjadi pusat bagi kawasan-kawasan berhampiran untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.
Selaras dengan perkembangan Bandar Penawar yang menjadi pusat pendidikan dan pelancongan, kerja menaiktaraf stadium sedia ada telah dijalankan. Ia melibatkan pemasangan lampu limpah, membina gelanggang tenis, badminton, skuash dan membina "Driving Range" serta membesarkan bangunan stadium sedia ada dengan menyediakan kemudahan bilik studio dan ruang rakaman.
PETEMPATAN BANDAR PENAWAR
KEJORA ini juga bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar dengan kemudahan dan memastikan ianya disediakan dan mencukupi, agensi ini telah membangunkan beberapa aspek pembangunan seperti berikut:
-
Perumahan terdiri dari perumahan kos sederhana, perumahan kos sederhana rendah dan perumahan kos rendah
-
Ruang niaga terdiri dari rumah kedai dan bangunan kedai.
-
Kemudahan awam dan sosial terdiri dari balairaya, dewan, perpustakaan, masjid/surau, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, padang awam, pasar dan pondok bas.
PERUMAHAN
Perumahan di Bandar Penawar berjumlah 1,238 unit yang terdiri daripada rumah banglo, kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana, dan rumah pangsa.
Pembangunan | Jumlah |
Petempatan | 6,910 bilangan penduduk |
Perumahan | 1,238 buah rumah |
Industri | 168 ekar, 35 buah syarikat |
Perniagaan | 123 jumlah kedai, gerai, pasar dan bengkel |
PEMBANGUNAN USAHAWAN
Pembinaan bengkel atau kilang telah memberi peluang kepada usahawan mengembangkan perusahaan atau perniagaan mereka.
PREMIS BENGKEL DI BANDAR PENAWAR
Lokasi | Jumlah Premis | Jumlah Diisi |
Bengkel | 19 | 11 |
RUANGNIAGA
KEJORA juga menyediakan ruangniaga di Bandar dan Pusat petempatan yang terdiri daripada rumah kedai, kedai, gerai berkunci, bengkel dan pasar awam. Sebanyak 18 unit kedai telah dibina di Bandar Penawar dan telah dibuka pada peniaga untuk sewaan lot kedai tersebut. ia dibangunkan bagi menempatkan dan menarik lebih ramai peniaga, usahawan luar dan tempatan untuk memajukan lagi Bandar Penawar.
Ruangniaga | Jumlah Unit |
Kedai | 81 |
Gerai | 30 |
Bengkel | 11 |
Pasar | 1 |
Jumlah Keseluruhan | 123 |